
61
Tutorial Syot Kilat
Dengan Pengatup Gerakan, kamera mencetuskan
kiraan pemasa kendiri secara automatik apabila ia
mengesan pergerakan di sekitar ikon di skrin monitor.
Ini bermakna, anda boleh mengawal operasi pemasa
kendiri dari jauh dengan melambai tangan anda, supaya
anda masuk dalam imej yang dirakam.
1. Pilih satu daripada mod rakaman yang
berikut: Auto Program, PRO Auto Premium,
Mekap (Pemandangan BEST SHOT), atau
Seni Selfie.
2. Tekan [MENU].
3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”
dan kemudian tekan [6].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pengatup Gerakan” dan
kemudian tekan [6].
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Tetapan Gerakan” dan kemudian
tekan [SET].
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Sentiasa” atau “180°sahaja”, dan
kemudian tekan [SET].
• Jika anda memilih “180°sahaja”, pergi ke langkah 7. Memilih “Sentiasa” akan
mengaktifkan Pengatup Gerakan. Terus ke langkah 8.
7. Jika anda telah pilih “180°sahaja” dalam langkah 6 di atas, sengetkan
skrin monitor kamera 180 darjah (halaman 17).
Ini mengaktifkan Pengatup Gerakan.
8. Tekan butang pengatup (jika anda mahu merakam syot kilat) atau
[0] (Filem) (jika anda mahu merakam filem).
• Kira-kira tiga saat selepas anda menekan butang pengatup atau butang [0]
(Filem), kamera akan bertukar kepada tunggu sedia. Ini akan menyebabkan
ikon pemasa kendiri “ ” berubah daripada berkelip kepada biru.
9. Menghadap kamera, gerakkan tangan atau lakukan pergerakan lain
dalam kawasan ikon (mulakan pemasa kendiri) di skrin monitor.
Apabila kamera mengesan pergerakan berhampiran ikon itu, ia akan menangkap
imej secara automatik.
• Untuk memberhentikan rakaman filem, tekan [0] (Filem) sekali lagi.
Mencetuskan Operasi Pemasa Kendiri dengan Gerakan
(Pengatup Gerakan)
Comments to this Manuals