20
Asas Mula Pantas
• Bateri yang sudah lama tidak digunakan, atau suhu sekeliling melampau boleh
menyebabkan pengecasan bateri mengambil masa lebih lama. Jika pengecasan
mengambil masa lebih daripada lima jam, pemasa akan menghentikannya secara
automatik, walaupun bateri tidak dicas sepenuhnya. Ini ditunjukkan dengan lampu
operasi yang berkelip merah.
• Penyesuai USB-AC menjadi sedikit panas semasa pengecasan. Ini perkara biasa
dan tidak bermakna kerosakan.
• Bentuk palam kuasa bergantung pada setiap negara atau kawasan geografi.
Jika lampu operasi tidak menyala atau berkelip semasa mengecas, periksa orientasi
penyambung kabel USB.
• Pastikan anda masukkan penyambung kabel ke dalam port USB sehingga anda
rasa ia klik dengan selamat di tempatnya. Kegagalan memasukkan penyambung
sepenuhnya boleh menyebabkan komunikasi yang lemah atau kerosakan.
• Perhatikan bahawa walaupun penyambung
dimasukkan sepenuhnya, anda masih boleh melihat
bahagian logam penyambung seperti yang ditunjuk
dalam gambar.
Comments to this Manuals