76
Menggunakan Kamera dengan Komputer
3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
• Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 81.
• Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin komputer
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
• Melihat imej CS dan syot selang masa pada komputer akan memaparkan
secara berasingan imej komponen dalam kumpulan. Imej CS dan syot selang
masa tidak boleh dilihat sebagai kumpulan pada komputer.
Untuk main semula filem, salinkannya ke komputer anda terlebih dahulu dan
kemudian dwiklik fail filem. Sesetengah sistem pengendalian mungkin tidak dapat
memainkan semula filem. Jika ini berlaku, anda perlu memasang perisian yang ada
secara berasingan.
• Jika anda tidak dapat memainkan semula filem, pergi ke URL di bawah untuk
memuat turun QuickTime 7 dan memasangnya pada komputer anda.
http://www.apple.com/quicktime/
. Keperluan Sistem Komputer Minimum untuk Main Semula Filem
Keperluan sistem minimum yang diterangkan di bawah adalah perlu untuk memain
semula filem yang direkod dengan kamera ini pada komputer.
• Di atas adalah sekitaran sistem yang disarankan. Mengkonfigurasi satu daripada
sekitaran ini tidak menjamin pengendalian yang betul.
• Tetapan tertentu dan perisian lain yang dipasang boleh mengganggu main semula
filem.
. Peringatan Main Semula Filem
• Pastikan mengalih data filem ke cakera keras komputer anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
• Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah
komputer. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
– Hentikan sebarang aplikasi lain yang anda jalankan dan hentikan aplikasi
residen.
Memainkan Filem
Sistem Pengendalian : Windows 8.1, Windows 8, Windows 7, Windows Vista
CPU : Core 2 Duo 3.0 GHz atau lebih tinggi
Perisian yang Diperlukan : QuickTime 7 atau lebih tinggi
Comments to this Manuals