25
Asas Mula Pantas
. Sambungan Kamera-Pengawal Wayarles (Bluetooth)
Kamera dan pengawal berhubung melalui
sambungan teknologi wayarles Bluetooth. Sebaik
sahaja anda menjalankan operasi “berpasangan”
yang diperlukan untuk sambungan teknologi
wayarles Bluetooth, kamera dan pengawal akan disambungkan secara automatik
antara satu sama lain jika kita menghidupkan kuasanya. Perhatikan bahawa
sambungan akan terputus jika jarak kamera dan pengawal menjadi terlalu jauh, atau
terdapat sambungan LAN wayarles diwujudkan di antara kamera dengan telefon
pintar. Pengawal akan dimatikan selepas suatu jangka masa tetap selepas
sambungan teknologi wayarles Bluetooth diputuskan. Kamera akan kekal hidup, jadi
anda masih boleh mengambil imej dengan menekan butang pengatup.
• Kamera anda mempunyai kefungsian komunikasi teknologi wayarles Bluetooth
terbina dalam. Elakkan mengendalikan kamera (termasuk fungsi kamera sahaja) di
dalam pesawat atau tempat di mana komunikasi wayarles adalah dilarang.
• Tetapan sambungan Bluetooth kamera ini tidak boleh diubah.
• Teknologi wayarles Bluetooth kamera dan pengawal tidak boleh bersambung
kepada sebarang jenis peranti lain.
. Untuk menghidupkan kuasa
Kedua-dua kamera dan pengawal perlu dihidupkan untuk digunakan.
• Menghidupkan kamera akan menukarkan lampu operasi kamera dan pengawal ke
hijau, dan memulakan sambungan teknologi wayarles Bluetooth antara kamera
dan pengawal secara automatik. Suatu imej akan terpapar atas pengawal dan
anda boleh merakam gambar sekarang.
• Sambungan antara kamera dan pengawal adalah dipengaruhi oleh orientasi dan
jarak antara kedua-duanya.
Menghidupkan Kuasa Hidup dan Mati
Kamera
Tekan [p] (Kuasa).
Pengawal
Tekan [p] (Kuasa).
Comments to this Manuals