Casio EX-FR10 User Manual Page 43

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 119
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 42
43
Merakam Imej
Penstabilan imej semasa rakaman filem
Penstabilan imej sentiasa didayakan semasa rakaman filem. Namun, sila maklum
bahawa penstabilan imej tidak mencegah kekaburan imej disebabkan pergerakan
subjek semasa rakaman filem. Selain itu, penstabilan imej menghasilkan sudut
pandangan yang lebih sempit semasa rakaman filem.
Penggunaan rakaman filem untuk masa yang lama akan menyebabkan kamera
menjadi panas. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan.
Kamera juga merakam audio bersama-sama filem. Ambil
perhatian tentang perkara berikut apabila merakam filem.
Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda
dsb.
Hasil rakaman audio yang baik tidak mungkin jika
kamera terlalu jauh daripada apa yang anda cuba rakam.
Merakam filem untuk tempoh masa yang lama di tempat
bersuhu tinggi boleh menyebabkan hingar digital (tompok
cahaya) muncul dalam imej filem. Peningkatan suhu di dalam kamera juga
mungkin menyebabkan rakaman filem dihentikan secara automatik. Jika ini
berlaku, berhenti merakam dan biarkan kamera menyejuk, dan operasi normal
boleh diteruskan selepas itu.
Menggunakan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh
melambatkan kelajuan pemprosesan. Di mana mungkin gunakan kad memori Ultra
High-Speed Type. Namun ambil perhatian bahawa bukan semua operasi boleh
dijamin walaupun kad memori Ultra High-Speed Type digunakan. Operasi yang
memerlukan masa untuk merakam data boleh mengakibatkan pecah pada imej
dan/atau audio.
Operasi zum dinyahdayakan semasa rakaman filem. Jika anda ingin
menggunakan zum, lakukan operasi zum sebelum anda menekan [0] (Filem)
untuk mula merakam.
Mikrofon
Page view 42
1 ... 42 43 44 ... 119

Comments to this Manuals

No comments