Casio EX-TR15 User Manual Page 112

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 139
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 111
112
Lampiran
*
AMARAN
. Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan
lain
Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau
pelik, atau semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran
dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud
salah satu simptom di atas.
1. Matikan kamera.
2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera,
cabut palam kuasa daripada soket kuasa. Juga, keluarkan bateri daripada
kamera, sambil berjaga-jaga melindungi diri anda daripada kecederaan terbakar.
3. Hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
. Jauhkan Daripada Api
Jangan mendedahkan kamera pada api, yang boleh menyebabkannya
meletup dan mewujudkan risiko kebakaran dan kecederaan pada diri
sendiri.
. Elakkan Penggunaan Semasa Bergerak
Jangan menggunakan kamera untuk merakam atau memain kembali
imej semasa memandu atau semasa berjalan. Melihat monitor semasa
sedang bergerak mewujudkan risiko kemalangan serius.
. Lampu LED
Jangan nyalakan lampu LED apabila dihalakan ke arah orang yang sedang
mengendalikan kenderaan bermotor. Perbuatan itu boleh mengganggu
pemandangan pemandu dan mengundang risiko kemalangan.
. Penyesuai USB-AC
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
Hanya gunakan penyesuai USB-AC yang ditentukan.
Jangan sekali-kali gunakan penyesuai USB-AC dengan peranti lain.
Gunakan punca kuasa yang sepadan dengan bekalan kuasa yang
ditentukan untuk penyesuai USB-AC.
Jangan sekali-kali pasang kord kuasa atau penyesuai USB-AC pada punca kuasa
yang dikongsi dengan peranti lain, atau ke dalam kord sambungan berkongsi.
Jangan letakkan penyesuai USB-AC berhampiran tungku atau peranti
pemanas lain.
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC boleh merosakkannya, mewujudkan risiko
kebakaran dan kejutan elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga
berikut.
Jangan letak objek berat di atas penyesuai USB-AC atau dipanaskan
secara langsung.
Jangan ubah suai penyesuai USB-AC, membiarkannya rosak, atau
membengkokkannya secara paksa.
Jangan belit atau tarik kord kuasa.
Apabila digunakan, letakkan kord di tempat yang ia tidak akan mengganggu
laluan.
$
-
-
-
-
-
Page view 111
1 2 ... 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 ... 138 139

Comments to this Manuals

No comments