Casio EX-FR10 User Manual Page 23

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 119
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 22
23
Asas Mula Pantas
Kali pertama anda menyambungkan kamera atau pengawal ke komputer
menggunakan kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda.
Jika ini berlaku, tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
Bateri yang sudah lama tidak digunakan, jenis komputer tertentu, dan keadaan
sambungan boleh menyebabkan pengecasan mengambil masa lebih lima jam.
Ini akan menghidupkan pemasa akan menghentikan pengecasan secara
automatik, walaupun bateri tidak dicas sepenuhnya. Jika ini berlaku, tanggalkan
dan kemudian sambungkan semula kabel USB untuk memulakan semula
pengecasan. Guna penyesuai USB-AC yang dibekalkan supaya pengecasan lebih
pantas dilakukan.
Pengecasan tidak dilakukan semasa komputer yang disambungkan berada dalam
mod hibernasi.
Peringatan Pengecasan Lain
Dengan dua kaedah pengecasan yang diterangkan di atas, anda boleh mengecas
bateri. Jangan gunakan sebarang jenis peranti pengecas lain. Percubaan untuk
menggunakan pengecas lain boleh menyebabkan kemalangan yang tidak
dijangka.
Model ini boleh diisi melalui spesifikasi port USB 2.0 sahaja.
Peranti bekalan kuasa dan peranti pengecasan USB tertakluk pada piawai yang
ditetapkan. Penggunaan peranti kurang bermutu atau peranti yang tidak
memenuhi standard boleh menyebabkan kerosakan dan/atau kegagalan kamera
anda.
Operasi tidak dijamin sekiranya anda menggunakan komputer yang dibina atau
diubah suai sendiri. Walaupun anda menggunakan komputer yang tersedia secara
komersial, spesifikasi port USB tertentu mungkin memustahilkan pengecasan
menggunakan kabel USB.
Bateri yang masih panas sebaik sahaja selepas penggunaan biasa mungkin tidak
mengecas sepenuhnya. Berikan bateri masa untuk sejuk sebelum mengecasnya.
Bateri menyahcas sedikit semasa ia dimuatkan dalam kamera atau pengawal.
Kerana itu, anda disarankan supaya mengecas bateri segera sebelum anda perlu
menggunakannya.
Mengecas bateri mungkin menyebabkan gangguan dengan penerimaan TV dan
radio. Jika ini berlaku, pasang penyesuai USB-AC ke sumber kuasa yang lebih
jauh daripada TV atau radio.
Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan
pengecasan.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC dengan mana-mana peranti lain.
Jangan menggunakan kord kuasa dengan peranti lain.
Hanya guna penyesuai USB-AC dan kabel USB yang dinyatakan dalam manual ini
untuk mengecas. Penggunaan sebarang jenis peranti lain mungkin mengakibatkan
pengecasan yang pincang.
Page view 22
1 2 ... 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 ... 118 119

Comments to this Manuals

No comments