Casio EX-FR10 User Manual Page 90

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 119
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 89
90
Lampiran
Kamera ini akan tenggelam jika terjatuh ke dalam air. Gunakan tali atau cara lain
untuk mengelak dari terjatuh.
Ciri kalis simbah kamera ini melindunginya daripada air masin dan air tawar
sahaja. Perlindungan tidak diberikan terhadap mata air panas.
Jangan sekali-kali tinggalkan kamera untuk tempoh yang lama di lokasi yang
terdedah kepada suhu terlalu rendah atau suhu terlalu tinggi melebihi 40
°C.
Khususnya, elakkan dari meninggalkan kamera di kawasan yang terdedah kepada
cahaya matahari terik, di dalam kenderaan bermotor pada hari panas, dsb. Mana-
mana keadaan ini boleh mengakibatkan kerosakan pada ciri kalis simbah.
Komunikasi wayarles dengan teknologi LAN wayarles atau wayarles Bluetooth
tidak disokong di bawah permukaan air. Sambungan antara kamera yang berada
dalam air dan pengawal atau telefon pintar tidak disokong.
Penggunaan panel sentuh pengawal tidak disokong apabila pengawal berada
dalam air.
. Langkah berjaga-jaga semasa Penggunaan Di Bawah Permukaan
Air
Kamera ini direka bentuk untuk penggunaan pada kedalaman tidak lebih daripada
1.0 meter dan pada suhu air dalam julat 0
°C hingga 40°C.
Jangan biarkan kamera berada dalam air lebih lama dari 30 minit.
Apabila merendam kamera berulang kali untuk penggunaan bawah air, biarkan
sekurang-kurangnya 15 minit berlalu antara rendaman.
Jangan sekali-kali buka penutup [CARD] atau penutup [USB] semasa kamera
berada dalam air.
Jangan terjun ke dalam air semasa memegang kamera. Selain daripada itu,
jangan gunakan kamera dalam jeram, di bawah air terjun, atau dalam sebarang
keadaan air deras. Mendedahkan kamera kepada tekanan air kuat boleh
menyebabkan kebocoran dan malfungsi.
Berhati-hati untuk tidak jatuhkan kamera ke dalam air atau membiarkannya
menyentuh permukaan air. Berbuat demikian boleh menyebabkan kebocoran.
. Langkah berjaga-jaga selepas Penggunaan Di Bawah Permukaan
Air
Sebelum membuka penutup [CARD] dan penutup [USB], gunakan kain bersih,
lembut dan kering untuk mengelap kamera supaya bebas daripada kelembapan
dan kotoran.
Jika anda buka penutup [CARD] dan penutup [USB] apabila kamera masih basah,
pastikan untuk mengelap permukaan dalamnya supaya bebas daripada
kelembapan sebelum menutupnya.
Page view 89
1 2 ... 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 ... 118 119

Comments to this Manuals

No comments