Casio EX-FR10 User Manual Page 91

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 119
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 90
91
Lampiran
. Membersihkan Kamera Anda selepas Penggunaan
Lakukan langkah-langkah berikut untuk membersihkan kamera selepas
menggunakannya di bawah air atau selepas ia menjadi kotor dengan pasir, kotoran,
atau selut. Harap maklum bahawa penutup [CARD] dan penutup [USB] perlu ditutup
dengan kemas apabila melakukan langkah-langkah ini.
1. Rendam kamera dalam air tawar.
Isikan baldi atau bekas lain dengan air paip atau air tawar
lain, dan rendam kamera selama lebih kurang 10 minit.
Lap habuk, kotoran, pasir, dan bahan lain daripada kamera
dengan lembut dengan jari anda.
Jangan gosok permukaan lensa atau skrin monitor apabila
kotor.
2. Lap kamera hingga kering.
Gunakan kain bersih, kering dan lembut untuk mengelap kamera, dan
tinggalkannya di tempat yang teduh untuk dikeringkan.
Suhu air yang digunakan untuk membersihkan kamera seharusnya tidak lebih dari
30°C. Jangan sekali-kali gunakan detergen, air panas, atau air yang mengalir
deras untuk membersihkan kamera. Berbuat demikian mengakibatkan risiko
kebocoran dan malfungsi.
Jangan sekali-kali ayun kamera untuk mengeluarkan air, dan jangan sekali-kali
gunakan alat pengering atau haba kuat yang lain untuk mengeringkannya.
Jangan sekali-kali letakkan kamera di dalam mesin basuh untuk
membersihkannya.
. Langkah berjaga-jaga selepas Penggunaan
Jangan tinggalkan kamera di kawasan yang terdedah kepada kepanasan
melampau (40°C atau lebih) atau kesejukan melampau (
10°C atau kurang).
Berbuat demikian boleh mengakibatkan kehilangan ciri kalis simbah.
Jangan sekali-kali gunakan agen kimia bagi tujuan pembersihan, kalis karat, kalis
lembap, dsb. Berbuat demikian boleh menyebabkan kehilangan ciri kalis simbah.
Gunakan air tawar untuk membersihkan kamera dalam masa 60 minit selepas
menggunakannya di bawah permukaan air. Kegagalan berbuat demikian boleh
mengakibatkan kemerosotan kemasan luaran dan ciri-ciri kalis simbah.
Untuk mengekalkan ciri kalis simbah, penggantian gasket kamera disyorkan sekali
setahun. Harap maklum bahawa anda akan dikenakan caj untuk penggantian
gasket. Hubungi pusat perkhidmatan sah CASIO atau penjual asal anda untuk
penggantian gasket.
Page view 90
1 2 ... 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 ... 118 119

Comments to this Manuals

No comments