Casio EX-FR100 User Manual Page 123

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 158
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 122
123
Lampiran
. Lensa
Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan lensa.
Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan lensa dan menyebabkan kerosakan.
Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu,
seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini kerana karakter lensa
dan tidak menentukan kerosakan kamera.
. Menjaga kamera anda
Jangan sekali-kali menyentuh lensa menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan
benda asing lain pada lensa boleh mengganggu pengendalian kamera yang betul.
Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan lensa dan tetingkap
denyar bebas daripada kekotoran dan habuk serta lap dengan lembut
menggunakan kain yang lembut dan kering.
Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering.
. Menutup penutup [CARD] atau penutup [USB] kamera
Apabila menutup penutup, tekan dengan ibu jari anda di
sebelah kiri dan kanan, dengan tekanan yang sama.
Menekan pada salah satu hujung dengan satu tangan
saja dapat membuat penutup tidak menutup sepenuhnya
dan membuat hujung lainnya berada di luar posisi.
. Langkah Berjaga-jaga Semasa Menggunakan Fungsi Wayarles
(LAN Wayarles, Teknologi Bluetooth Wayarles)
Pengendalian produk ini mungkin menjejaskan atau mungkin terjejas oleh peranti
berdekatan yang menggunakan fungsian wayarles.
Produk ini tertakluk kepada Peraturan Pentadbiran Eksport (EAR) Amerika
Syarikat, dan oleh itu tidak boleh dieksport atau dibawa masuk ke negara di bawah
Sekatan dan Kawalan Khas Lain A.S.
Pintasan penghantaran radio
Gelombang radio yang digunakan untuk menghantar dan menerima data boleh
dipintas oleh pihak ketiga.
Akses tidak sah
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab
sekiranya berlaku akses tidak sah dan/atau penggunaan titik akses produk ini jika
produk hilang atau dicuri.
Guna sebagai peranti wayarles
Gunakan fungsi wayarles produk ini hanya seperti yang diterangkan dalam manual
ini. Sebarang penggunaan lain adalah penggunaan yang salah, dan CASIO
COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab bagi sebarang
kerosakan yang berlaku kerana penggunaan yang salah.
Penutup [CARD] atau
penutup [USB]
Page view 122
1 2 ... 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 ... 157 158

Comments to this Manuals

No comments