Casio EX-FR100 User Manual Page 45

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 158
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 44
45
Merakam Imej
Mod ini sesuai untuk penggunaan di luar rumah. Ia meningkatkan penepuan warna
pemandangan untuk mencipta kesan artistik. Kesan mekap digunakan pada muka
subjek manusia.
1. Dalam mod RKM, sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
2. Sentuh ikon mod rakaman.
3. Sentuh “ ” (Mekap Seni).
4. Sentuh pemandangan yang sepadan dengan apa yang anda mahu
rakam.
Menyentuh “ ” atas skrin dan kemudian menyentuh pemandangan Mekap
Seni akan memaparkan maklumat terperinci tentang pemandangan tersebut.
5. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Apabila menggunakan Mekap Seni, tunggu sehingga kamera dapat mengesan
muka sebelum menangkap gambar.
Jika kamera tidak dapat mengesan muka, kesan seni yang kuat mungkin
digunakan pada muka serta pada latar belakang.
Kesan Mekap Seni tidak akan digunakan pada rakaman filem semasa
pemandangan Mekap Seni dipilih.
Imej sampel yang dipaparkan pada skrin pemandangan Mekap Seni tidak dirakam
menggunakan kamera ini.
Imej yang dirakam dengan pemandangan Mekap Seni tidak boleh ditukarkan
kepada imej biasa (tanpa kesan Mekap Seni).
Mengambil gambar dengan Mekap HDR boleh melambatkan tindak balas skrin
monitor dan boleh menyebabkan hingar digital pada imej skrin monitor.
Merakam Imej Orang dan Pemandangan yang Cantik
(Mekap Seni)
Pemandangan Penerangan
Mekap HDR
Menggunakan kesan mekap pada muka subjek
manusia dan menggunakan komposisi HDR pada latar
belakang untuk mencipta hasil seni yang menarik.
Mekap Terang
Menggunakan kesan mekap pada muka subjek
manusia dan meningkatkan penepuan warna latar
belakang.
Page view 44
1 ... 44 45 46 ... 158

Comments to this Manuals

No comments