3
• Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
• Kandungan manual ini telah diperiksa pada setiap langkah proses pengeluaran.
Sila hubungi kami jika anda menyedari terdapat sesuatu yang meragukan, salah
dsb.
• Sebarang penyalinan kandungan Panduan Pengguna ini, sama ada sebahagian
atau keseluruhannya, adalah dilarang. Kecuali untuk kegunaan peribadi anda,
sebarang penggunaan lain kandungan manual ini tanpa kebenaran CASIO
COMPUTER CO., LTD. adalah dilarang di bawah undang-undang hak cipta.
• CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kerosakan atau kehilangan keuntungan yang dialami oleh anda atau mana-mana
pihak ketiga disebabkan penggunaan atau kerosakan produk ini.
• CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kerosakan, kehilangan keuntungan, atau tuntutan daripada pihak ketiga yang
timbul disebabkan penggunaan perisian aplikasi EXILIM Connect.
• CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kerosakan, kehilangan keuntungan yang disebabkan oleh kehilangan kandungan
memori yang berpunca daripada kerosakan, pembaikan atau sebarang sebab lain.
• Sila maklum bahawa skrin contoh dan ilustrasi produk yang ditunjukkan dalam
Panduan Pengguna ini mungkin berbeza sedikit daripada skrin dan konfigurasi
kamera sebenar.
Panel LCD
Panel hablur cecair skrin monitor menggunakan teknologi ketepatan tinggi yang
memberikan pengeluaran piksel melebihi 99.99%. Ini bermakna cuma sebilangan
kecil piksel yang mungkin tidak menyala atau mungkin kekal menyala sepanjang
masa. Ini disebabkan oleh ciri panel hablur cecair itu sendiri dan tidak bermakna
terdapat kerosakan.
Baca ini dahulu!
Cas bateri sebelum guna.
Kamera dan pengawal masing-masing mempunyai ion litium bateri terpasang
yang boleh dicas semula. Bateri tidak dicaskan semasa anda membeli kamera,
oleh itu anda perlu untuk mengecas kamera dan pengawal sebelum
menggunakan kedua-duanya.
Ambil gambar ujian
Sebelum menangkap imej akhir anda, ambil gambar ujian untuk memastikan
kamera merakam dengan betul.
Comments to this Manuals