16
Asas Mula Pantas
Anda boleh mengkonfigurasi kamera untuk disesuaikan dengan keperluan khusus anda
dengan memasangkan unit engsel, yang membolehkan pemasangan pengawal dan
alat tambahan yang dipasangkan bersama atau pilihan lain yang sedia ada. Dengan ini
anda boleh mengkonfigurasi kamera ini untuk disesuaikan dengan keperluan anda.
• Jangan kenakan impak yang kuat kepada permukaan skrin monitor. Berbuat
demikian akan merosakkannya.
• Jangan sekali-kali menyentuh lensa menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan
benda asing lain pada lensa boleh mengganggu pengendalian kamera yang betul.
Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan lensa dan tetingkap
denyar bebas daripada kotoran dan habuk serta lap perlahan-lahan dengan
menggunakan kain yang lembut dan kering.
Anda boleh memasangkan pengawal ke kamera dan menggunakan kamera sebagai
kamera biasa.
. Untuk memasangkan pengawal
1. Dengan lensa kamera dihalakan ke
arah yang sama dengan skrin
monitor pengawal, luncurkan unit
engsel ke dalam slot unit engsel
pengawal.
2. Tolak unit engsel ke dalam sehingga
anda terdengar bunyi klik ke
tempatnya.
. Untuk melepaskan pengawal
1. Semasa menekan dan menahan
butang [RELEASE] pada pengawal,
tariknya keluar daripada kamera.
Menggunakan pemasang
Pengawal
Slot unit engsel
Jajarkan tanda 2 pada hujung unit
engsel dengan tanda 8 bersebelahan
dengan slot unit engsel.
Comments to this Manuals