81
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Kali pertama anda mewujudkan sambungan wayarles antara kamera dan telefon
pintar, anda perlu menggunakan prosedur di bawah untuk mengkonfigurasi tetapan
sambungan wayarles. Operasi ini diperlukan untuk sambungan pertama sahaja.
. Telefon pintar yang menyokong Bluetooth low energy technology
Menyambung kamera kepada telefon pintar dengan teknologi wayarles Bluetooth
(berpasangan) membuatkan konfigurasi tetapan sambungan wayarles lebih mudah.
• Melaksanakan operasi ini secara automatik mengkonfigurasikan tetapan
sambungan LAN wayarles telefon pintar anda (halaman 83).
• Kamera anda boleh dipasangkan dengan telefon pintar tunggal pada satu masa.
• Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak serasi dengan kamera ini.
• Jika anda mahu pasangkan semula kamera dengan telefon pintar yang telah
dipasangkan dengannya, nyahpasang ia dan kemudian pasangkan sekali lagi.
Memasangkan semula kamera dengan telefon pintar akan menyebabkan semua
imej yang belum selesai dihantar akan kekal tidak dihantar.
Operasi Kamera (Pengawal)
1. Sentuh ikon “ ” (Wayarles).
Ini akan memaparkan skrin mod wayarles.
2. Sentuh “Berpasangan”.
3. Sentuh “Mula”.
• Anda boleh memulakan pemasangan dengan melaksanakan operasi pada
kamera, tanpa menggunakan pengawal.
Pada kamera, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama lebih kurang dua saat
untuk mematikan kuasa.
Pada kamera, tekan dan tahan [p] (Kuasa) kira-kira enam saat.
Lampu operasi kamera akan berkedip ambar.
Operasi Telefon Pintar
4. Memulakan aplikasi “EXILIM Connect”.
5. Ketik “Pairing”.
Mewujudkan Sambungan Wayarles buat Kali Pertama
Comments to this Manuals