60
Tetapan Rakaman Lanjutan
Masuk ke Mod RKM * MENU * Tab “r REC MENU” *
Imbangan Putih
Anda boleh melaraskan imbangan putih supaya sepadan dengan sumber cahaya
yang ada di tempat anda membuat rakaman dan mengelak bayang biru yang terhasil
apabila membuat rakaman di luar semasa mendung dan bayang hijau yang terhasil
apabila membuat rakaman di bawah cahaya pendarfluor.
1. Sentuh jenis imbangan putih yang anda ingin pilih.
Anda boleh melihat kesan tetapan imbangan putih yang anda pilih pada skrin
monitor.
Melaraskan Imbangan Putih (Imbangan Putih)
Tetapan Penerangan
WB Auto
Mengkonfigurasi kamera untuk melaras imbangan putih
secara automatik
Siang Untuk penggambaran di luar pada hari yang cerah
Mendung
Untuk penggambaran di luar pada hari mendung hujan, di
bawah bayang dsb.
Bayangan
Untuk penggambaran pada hari yang cerah di bawah
bayang pokok atau bangunan
Siang Putih
Untuk penggambaran di bawah pencahayaan pendarfluor
putih atau siang putih
Siang Fluor
Untuk penggambaran di bawah pencahayaan pendarfluor
siang
Tungsten
Untuk penggambaran di bawah pencahayaan mentol
lampu
WB Manual
Untuk mengkonfigurasi kamera secara manual supaya
sesuai dengan sumber lampu tertentu.
Sentuh “· WB Manual”.
Di lokasi di mana anda bercadang
untuk merakam, halakan kamera
pada kertas putih kosong agar ia
memenuhi keseluruhan skrin
monitor.
Sentuh satu kawasan pada skrin
yang tiada ikon.
Tetapan imbangan putih dikekalkan walaupun anda
mematikan kamera.
Comments to this Manuals