68
Melihat Syot kilat dan Filem
9. Sentuh “Ya”.
Ini mencipta dan menyimpan Filem Sorotan, dan memaparkannya pada skrin
monitor.
• Menyentuh “Batal” semasa penciptaan Filem Sorotan sedang berlangsung
akan menghentikan penciptaan Filem Sorotan. Tiada filem disimpan sekiranya
anda menghentikan penciptaan Filem Sorotan.
• Imej yang skor sorotannya ialah “0” tidak pernah termasuk dalam Filem Sorotan.
• Filem Sorotan ialah filem berkualiti FHD(30p), dengan nisbah bidang 16:9. Jika
imej dengan nisbah bidang bukan 16:9 dimasukkan ke dalam Filem Sorotan,
bahagian atas dan bawah imej akan dipangkas sewajarnya.
• Jika imej berorientasi potret dimasukkan ke dalam Filem Sorotan, akan terdapat
jalur hitam pada bahagian kiri dan kanan imej.
• Apabila terdapat sejumlah lebih daripada 9,999 syot kilat dan fail filem yang
dirakam pada tarikh yang sama, Filem Sorotan akan memilih foto dan filem
daripada fail bernombor 1 hingga 9999.
• Bergantung pada bilangan fail dan faktor lain apabila Filem Sorotan sedang
dicipta, operasi penciptaan mungkin akan mengambil sedikit masa.
• Hanya filem berkualiti FHD(30p) yang telah dirakam dengan kamera ini atau
dengan kamera CASIO EX-FR100 atau CASIO EX-FR10 boleh digunakan dalam
Filem Sorotan. Walaupun filem telah dirakam dengan kamera ini, ia tidak boleh
digunakan dalam Filem Sorotan sekiranya ia berkualiti HS240 atau STD.
Comments to this Manuals