135
Lampiran
. Jika lampu operasi kamera atau pengawal mula berkelip merah...
Jika lampu operasi kamera atau pengawal mula berkelip merah ketika pengecasan,
ia bermakna pengecasan lebih lanjut tidak mungkin kerana salah satu sebab di
bawah. Lakukan tindakan seperti yang diterangkan di bawah untuk membetulkan
masalah tersebut dan kemudian cuba mengecas semula.
Suhu sekitar atau suhu bateri tinggi atau rendah daripada paras normal
Tanggalkan kabel USB dari kamera dan tunggu seketika sehingga kamera dalam
julat suhu 15°C hingga 35°C dan cuba cas sekali lagi.
Pemasa keselamatan diaktifkan
Bateri yang sudah lama tidak digunakan, beberapa jenis komputer, dan keadaan
sambungan boleh menyebabkan pengecasan mengambil masa yang lebih lama dari
biasa. Jika pengecasan mengambil masa lebih kurang lima jam, pemasa
keselamatan akan menghentikannya secara automatik, walaupun bateri tidak dicas
sepenuhnya. Jika bateri sudah lama tidak digunakan, pengecasan mungkin berhenti
secara automatik selepas hanya sekitar 60 minit.
1) Menggunakan bateri yang sudah lama tidak digunakan.
Putuskan sambungan dan kemudian sambung semula kabel USB untuk
meneruskan pengecasan.
2) Bekalan kuasa yang tidak cukup apabila disambungkan ke komputer
Kamera hanya boleh dicas melalui port USB standard USB 2.0. Sambung terus ke
port USB yang membekalkan arus 500 mA.
Untuk butiran mengenai kapasiti bekalan kuasa port USB komputer, hubungi
pengilang komputer itu. Walaupun membuka sambungan dan menyambung semula
kabel USB akan meneruskan pengecasan, anda mungkin perlu melakukannya
berulang kali jika kapasiti bekalan kuasa komputer rendah.
Bekalan Kuasa
Mengecas
Jika masalah berterusan selepas anda melakukan langkah di atas atau jika bateri
gagal dicas selepas 5 jam, ini mungkin bermakna bateri rosak. Hubungi pusat
perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
Comments to this Manuals