146
Lampiran
Teknologi wayarles Bluetooth
Sambungan tidak
boleh dilakukan
antara kamera dan
pengawal.
1)Kamera tidak dapat menyambung ke pengawal jika terlalu
jauh antara satu sama lain.
2)Sambungan Bluetooth tidak boleh dilakukan dengan kamera
semasa ia bersambung dengan telefon pintar melalui LAN
wayarles. Tamatkan sambungan LAN wayarles.
3)Jika kamera disambungkan ke komputer, cabut kabel USB
untuk menamatkan sambungan.
4)Jika anda masih tidak dapat membuat sambungan, lakukan
langkah-langkah di bawah untuk memasangkan semula
kamera dan pengawal.
Keluarkan kad memori daripada kamera.
Sambil menekan dan menahan butang pengatup
kamera, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama
sekurang-kurangnya satu saat.
Sambil menekan dan menahan butang pengatup
pengawal, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama
sekurang-kurangnya enam saat.
Lampu operasi kamera dan pengawal akan berkelip warna
oren dan kemudian operasi berpasangan yang diperlukan
untuk sambungan teknologi wayarles Bluetooth akan bermula.
Lain-lain
Tarikh dan masa
yang salah
dipaparkan, atau
tarikh dan masa
yang salah disimpan
bersama data imej.
Tetapan tarikh dan masa adalah salah. Tetapkan tarikh dan
masa yang betul (halaman 107).
Mesej yang
dipaparkan adalah
dalam bahasa yang
salah.
Bahasa paparan yang salah telah dipilih. Tukar tetapan
bahasa paparan (halaman 108).
Imej tidak boleh
dipindahkan melalui
sambungan USB.
1)Kabel USB mungkin tidak bersambung dengan betul pada
kamera. Periksa semua sambungan.
2)Jika kamera tidak dihidupkan, hidupkannya.
3)Komputer anda mungkin tidak dapat mengenali kamera jika
anda menyambung melalui hab USB. Sentiasa bersambung
terus dengan port USB komputer.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan
Comments to this Manuals