Casio EX-FR100 User Manual Page 53

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 158
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 52
53
Merakam Imej
6. Tekan [0] (Filem).
Ini akan mulakan rakaman.
Audio satu suara juga dirakam semasa rakaman
filem semasa “FHD(30p)” atau “STD” dipilih untuk
tetapan kualiti filem.
Apabila “FHD(30p)” atau “STD” dipilih untuk
tetapan kualiti filem, anda boleh menyentuh titik
pada skrin pengawal semasa rakaman filem
sedang berjalan untuk memfokus pada titik
tersebut. Walau bagaimanapun, ambil perhatian
bahawa operasi fokus tidak akan dilaksanakan
dengan menyentuh skrin jika tetapan Rakaman Sentuh (halaman 56) ialah
“Mati”.
7. Tekan [0] (Filem) untuk menghentikan rakaman.
Setiap filem boleh mencecah 29 minit atau 4 GB. Rakaman Filem juga akan
berhenti secara automatik jika memori menjadi penuh sebelum anda
memberhentikan rakaman filem.
Merakam Filem dengan PRO Auto Premium
Apabila PRO Auto Premium didayakan (halaman 35), kamera secara automatik
membuat pertimbangan mengenai subjek, keadaan rakaman, dan parameter lain.
Hasilnya ialah imej berkualiti lebih tinggi berbanding yang dihasilkan oleh rakaman
Auto.
PRO Auto Premium didayakan untuk filem FHD(30p) dan filem STD sahaja.
Menggunakan PRO Auto Premium menyebabkan cas bateri habis lebih cepat
berbanding menggunakan rakaman Auto.
Meminimumkan Kesan Pergerakan Kamera semasa Rakaman Filem
Semasa tetapan kualiti imej ialah “FHD(30p)” atau “STD”, anda boleh mengurangkan
kabur yang disebabkan oleh pergerakan kamera semasa rakaman filem dengan
memilih tetapan “Standard” atau “Kuat” untuk “Filem Antigoncang” (halaman 57).
Namun, sila ambil perhatian bahawa penstabilan imej tidak mencegah kekaburan
imej disebabkan pergerakan subjek semasa rakaman filem. Selain itu, penstabilan
imej menghasilkan sudut pandangan yang lebih sempit semasa rakaman filem.
Walaupun memilih “Kuat” tetapan Antigoncang Filem akan meningkatkan kesan
antigoncang, ia juga boleh meningkatkan peluang penjaluran mendatar dalam imej
kerana kerlipan sumber cahaya (disebabkan oleh lampu berpendarflour).
Langkah Berjaga-jaga Rakaman Filem Berkelajuan Tinggi
Apabila merakam filem berkelajuan tinggi, rakamnya dalam persekitaran
bercahaya terang.
Apabila merakam filem berkelajuan tinggi, kerlipan sumber cahaya boleh
menyebabkan jalur mendatar muncul dalam imej. Ini bukan kepincangan kamera.
Masa rakaman
Page view 52
1 ... 52 53 54 ... 158

Comments to this Manuals

No comments