Casio EX-ZR1750 User Manual Page 103

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 102
103
Menggunakan BEST SHOT
Keadaan berikut tidak serasi dengan rakaman Syot Lebar.
Subjek yang mempunyai kecerahan berbeza daripada persekitarannya kerana
cahaya buatan, cahaya matahari, dsb.
Sungai, ombak, air terjun, atau benda lain yang sentiasa berubah pola
Langit, pantai, atau benda lain dengan pola berterusan
Kamera terlalu dekat dengan subjek utama
Subjek bergerak
Menyorot ke arah atas pada pencakar langit atau struktur atau objek lain yang
sangat tinggi
Persekitaran gelap
Mana-mana yang berikut boleh menyebabkan operasi Syot Lebar berhenti
separuh jalan.
Pergerakan kamera atau subjek
Pergerakan kamera terlalu laju atau terlalu perlahan
Pergerakan kamera di luar laluan yang dikehendaki
Pergerakan kamera dalam arah yang salah
Merakam imej Syot Lebar selepas menekan separa butang pengatup untuk
melakukan Fokus Auto mungkin tidak memberikan hasil yang dikehendaki jika ada
perbezaan ketara antara kecerahan, warna, dan/atau fokus imej individu. Jika ini
berlaku, cuba tukar posisi fokus dengan memfokus subjek lain, dsb.
Oleh sebab imej Syot Lebar dihasilkan dengan menggabungkan berbilang imej,
mungkin ada ketakrataan di tempat dua imej digabungkan.
Merakam dengan sumber cahaya berkelip (seperti lampu pendarflour) mungkin
menyebabkan ketakrataan kecerahan dan/atau warna dalam imej Syot Lebar
akhir.
Pendedahan dan imbangan putih apabila merakam imej Syot Lebar ditetapkan
pada tahap yang diukur apabila anda menekan separa butang pengatup pada
permulaan operasi.
Dengan pemandangan BEST SHOT ini, tetapan denyar secara automatik menjadi
? (Denyar Mati).
Page view 102
1 2 ... 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments