Casio EX-ZR1750 User Manual Page 180

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 179
180
Menggunakan Kamera dengan Komputer
8. Pengguna Windows 10, Windows 8.1, Windows 8: Pada menu
“Documents”, klik “Home” dan kemudian “Paste”.
Pengguna Windows 7, Windows Vista: Pada menu “Documents”, klik
“Organize” atau “Edit”, dan kemudian “Paste”.
Ini akan menampal folder “DCIM” (dan semua fail imej yang terkandung di
dalamnya) ke dalam folder “Documents” anda. Anda kini mempunyai salinan fail
yang ada dalam memori kamera pada komputer anda.
Selepas menyalin imej, anda disarankan agar klik kanan folder DCIM dan
mengubah namanya kepada nama yang lain.
9. Setelah selesai menyalin imej, putuskan sambungan kamera daripada
komputer anda.
Selepas mengesahkan lampu belakang tidak berkelip merah, cabut kabel USB.
. Untuk melihat imej yang anda salin pada komputer anda
1. Dwiklik folder “DCIM” yang disalin untuk membukanya.
2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 186.
Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin komputer
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
Melihat imej CS dan syot selang masa pada komputer akan memaparkan
secara berasingan imej komponen dalam kumpulan. Imej CS dan syot selang
masa tidak boleh dilihat sebagai kumpulan pada komputer.
Page view 179
1 2 ... 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments