Casio EX-ZR1750 User Manual Page 140

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 139
140
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
Untuk menghentikan tayangan slaid, tekan [SET] atau [MENU]. Menekan [MENU]
menghentikan tayangan slaid dan kembali ke skrin menu.
Laraskan kelantangan audio dengan menekan [2] dan kemudian tekan [8] atau
[2] semasa main semula.
Semua butang operasi dinyahdayakan semasa tayangan slaid sedang beralih
daripada satu imej ke imej lain.
Masa yang diperlukan untuk beralih daripada satu imej ke imej lain mungkin lebih
lama bagi kes imej yang tidak dirakam menggunakan kamera ini.
. Memindah Muzik daripada Komputer Anda ke Memori Kamera
Anda boleh gantikan muzik latar belakang tayangan slaid terbina dalam dengan
muzik lain daripada komputer anda.
Jenis Fail Disokong:
Format PCM (16 bit, monaural/stereo) fail WAV
Frekuensi Pensampelan: 11.025 kHz/22.05 kHz/44.1 kHz
Bilangan Fail: 9
Nama fail: SSBGM001.WAV hingga SSBGM009.WAV
Cipta fail muzik pada komputer anda menggunakan nama-nama di atas.
Tanpa mengira corak kesan mana yang anda pilih, fail muzik yang anda disimpan
pada memori kamera dimain semula mengikut urutan nama.
1. Sambungkan kamera ke komputer anda (halaman 179, 183).
Jika anda merancang untuk menyimpan fail muzik pada kad memori kamera,
pastikan kad dimasukkan ke dalam kamera.
2. Lakukan salah satu operasi berikut bagi membuka kad memori atau
memori terbina dalam.
Ini akan menyebabkan kamera dikenal pasti oleh komputer anda sebagai Cakera
Boleh Dialih Keluar (Pemacu).
Windows
Pengguna Windows 10: Klik “Start” dan kemudian “Explorer”. Seterusnya,
dalam bar sisi, klik “PC”.
Pengguna Windows 8.1, Windows 8: Klik “Desktop” dan kemudian
“Explorer”.
Pengguna Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian
“Computer”.
Dwiklik “Removable Disk”.
•Macintosh
Dwiklik ikon pemacu kamera.
3. Cipta folder dengan nama “SSBGM”.
Page view 139
1 2 ... 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments