Casio EX-ZR1750 User Manual Page 48

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 47
48
Tutorial Syot Kilat
Ciri Auto Makro mengesan jarak subjek dari lensa dan secara automatik memilih
Fokus Makro atau Auto Fokus mengikut kesesuaian.
Penggunaan denyar bersama Fokus Makro boleh menyebabkan cahaya denyar
terhalang, yang boleh menyebabkan bayang kanta yang tidak diingini dalam imej
anda.
Apabila anda melakukan operasi zum optik semasa penggambaran dengan Fokus
Auto, Fokus Makro atau Fokus Manual, satu nilai akan muncul pada skrin monitor
untuk memberitahu anda jarak fokus, seperti ditunjukkan di bawah. Perhatian, julat
fokus dipaparkan termasuk julat Makro Auto hanya apabila merakam dengan
Fokus Auto.
Contoh: oo
* cm - 9
* oo ialah nilai jarak pemfokusan sebenar.
Operasi yang diberikan pada kekunci [4] dan [6] dengan tetapan “Kekunci Ki/Kn”
(halaman 109) dinyahdayakan apabila Fokus Manual dipilih sebagai mod fokus.
Menggunakan Kunci Fokus
“Kunci fokus” ialah teknik yang anda boleh gunakan
apabila anda mahu menggubah imej di mana subjek yang
ingin anda fokuskan tidak berada dalam bingkai fokus di
tengah skrin.
Untuk menggunakan kunci fokus, pilih “U Titik” atau
O Penjejakan” untuk kawasan Auto Fokus (halaman
112).
1. Jajarkan bingkai fokus skrin monitor dengan
subjek yang anda mahu fokuskan dan
kemudian tekan butang pengatup sehingga
separuh.
2. Dengan butang pengatup masih ditekan
separuh (yang mengekalkan tetapan fokus),
alih kamera untuk menggubah imej.
Apabila “O Penjejakan” dipilih sebagai kawasan
Auto Fokus, bingkai fokus akan bergerak secara
automatik dan mengikut subjek.
3. Apabila anda telah bersedia untuk menangkap imej, tekan butang
pengatup sepenuhnya.
Kunci fokus juga mengunci pendedahan (AE).
Subjek untuk difokuskan
Bingkai fokus
Page view 47
1 2 ... 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments