Casio EX-ZR1750 User Manual Page 203

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 202
203
Lampiran
*AWAS
. Penyesuai USB-AC
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
Jangan sekali-kali tutup penyesuai USB-AC dengan seperai, selimut,
atau penutup lain ketika ia sedang digunakan, dan jangan
gunakannya berhampiran dengan pemanas. Berbuat demikian boleh
mengganggu sinaran haba dan menyebabkan kawasan di sekelilingnya
menjadi panas.
Jangan gunakan detergen apabila membersihkan penyesuai USB-AC atau
kabel USB (terutamanya palam dan bicu).
Masukkan palam kuasa ke dalam outlet dinding setakat yang boleh.
Cabut palam kuasa daripada outlet dinding sebelum meninggalkan
kamera tanpa pengawasan untuk tempoh yang lama, seperti apabila
pergi melancong, dsb.
Sekurang-kurangnya setahun sekali, gunakan kain atau pembersih
hampagas untuk membersihkan sebarang habuk yang terkumpul pada
hujung palam kuasa dan dalam kawasan di sekitarnya.
. Bateri Boleh Cas Semula
Jika pengecasan bateri tidak berhenti dalam masa pengecasan yang
dinyatakan, berhenti mengecas dan hubungi pusat perkhidmatan sah
CASIO tempatan anda. Berterusan mengecas mewujudkan risiko
pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan.
Pastikan membaca dokumen pengguna yang disertakan bersama
kamera dan unit pengecas khas sebelum mengguna atau mengecas
bateri.
Simpan bateri di tempat yang tidak dapat dicapai oleh bayi dan kanak-
kanak. Apabila menggunakan bateri dengan kehadiran bayi dan kanak-
kanak, berjaga-jaga untuk memastikan yang mereka tidak
mengeluarkan bateri daripada unit pengecas atau kamera.
Jangan tinggalkan bateri berdekatan kawasan yang mempunyai
binatang peliharaan. Binatang peliharaan yang menggigit bateri boleh
menyebabkan kemalangan yang diakibatkan oleh kebocoran bateri,
pemanasan terlampau, atau letupan.
Jika cecair bateri terkena pakaian atau kulit anda, segera basuh dengan
air paip yang bersih. Sentuhan berpanjangan dengan cecair bateri boleh
menyebabkan kerengsaan kulit.
. Sambungan
Jangan pasang sebarang peranti yang tidak ditetapkan untuk digunakan
bersama kamera ini kepada penyambung. Menyambungkan peranti
yang tidak ditetapkan mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik.
-
+
+
+
+
-
+
-
Page view 202
1 2 ... 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 208 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments