Casio EX-ZR1750 User Manual Page 181

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 180
181
Menggunakan Kamera dengan Komputer
Untuk main semula filem, mula-mula salinnya ke komputer anda dan kemudian
dwiklik fail filem. Sesetengah sistem pengendalian mungkin tidak dapat memainkan
semula filem. Jika ini berlaku, anda perlu memasang perisian yang ada secara
berasingan.
Dengan Windows 10, Windows 8.1, Windows 8 dan Windows 7, main semula
disokong oleh Windows Media Player 12.
Jika anda tidak dapat memainkan semula filem, pergi ke URL di bawah untuk
memuat turun QuickTime 7 dan memasangnya pada komputer anda.
https://www.apple.com/quicktime/
. Keperluan Sistem Komputer Minimum untuk Main Semula Filem
Keperluan sistem minimum yang diterangkan di bawah adalah perlu untuk memain
semula filem yang direkod dengan kamera ini pada komputer.
Di atas adalah persekitaran sistem yang disarankan. Mengkonfigurasi satu
daripada persekitaran ini tidak menjamin pengendalian yang betul.
Tetapan tertentu dan perisian lain yang dipasang boleh mengganggu main semula
filem.
. Peringatan Main Semula Filem
Pastikan mengalih data filem ke cakera keras komputer anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah
komputer. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
Cuba merakam filem dengan tetapan kualiti “STD”.
Berhentikan sebarang aplikasi lain yang anda jalankan dan berhentikan aplikasi
residen.
Walaupun main semula yang baik tidak boleh dilakukan pada komputer, anda boleh
menggunakan kabel HDMI yang tersedia secara komersial untuk menyambungkan
ke terminal HDMI TV atau komputer dan main semula filem menggunakan cara itu.
Memainkan Filem
Sistem Pengendalian : Windows 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7,
Windows Vista
CPU : Kualiti imej “FHD” atau “HD”:
Core 2 Duo 3.0 GHz atau lebih tinggi
Kualiti imej “STD” atau “HS”:
Pentium 4 3.2 GHz atau lebih tinggi
Perisian yang Diperlukan : QuickTime 7 atau lebih tinggi (Tidak diperlukan dengan
Windows 10, Windows 8.1, Windows 8 dan Windows 7.)
Page view 180
1 2 ... 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments