Casio EX-ZR1750 User Manual Page 165

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 164
165
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Anda boleh menyambungkan kamera ke telefon pintar melalui LAN wayarles untuk
melihat dan memuat turun gambar serta filem dalam memori kamera pada lapan
telefon pintar lain yang tersambung. Anda boleh juga melihat syot kilat dan filem
dalam memori kamera pada komputer dan menyalinnya ke komputer. Telefon pintar
tidak memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Connect untuk mencapai imej
kamera menggunakan fungsi ini.
1. Tekan [W] (Wayarles).
2. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk memilih “Hantar ke telefon” dan
kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Lihat di telefon” dan kemudian
tekan [SET].
Ini mewujudkan sambungan antara telefon pintar dan kamera, dan memaparkan
sebuah URL.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, ubah tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 158).
Selepas kira-kira 60 saat, skrin monitor kamera akan menjadi kosong.
Menekan [SET] akan menyebabkan imej muncul semula.
4. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi pelayar.
Mengakses URL yang dipaparkan oleh kamera
akan memaparkan imej yang disimpan dalam
memori kamera.
Untuk keluar daripada fungsi LAN wayarles,
tekan [MENU].
Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak dapat memainkan semula fail filem.
Anda juga boleh melihat imej dalam memori kamera pada pelayar komputer
dengan mewujudkan sambungan LAN wayarles dengan komputer.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara memulakan EXILIM Connect dan
melihat imej, rujuk ke manual EXILIM Connect (halaman 154). Ambil perhatian
bahawa operasi yang anda perlu lakukan bergantung pada sama ada terdapat
sambungan teknologi wayarles Bluetooth dengan telefon pintar atau tidak.
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Memori Kamera pada
Telefon Pintar (Lihat di telefon)
URL
Page view 164
1 2 ... 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 170 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments