Casio EX-ZR1750 User Manual Page 205

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 204
205
Lampiran
. Membuat Salinan Data Penting
Sentiasa menyimpan salinan data penting dalam memori kamera
dengan memindahkannya ke komputer atau peranti simpanan lain.
Ingat bahawa data boleh terpadam jika kamera rosak, dibaiki dsb.
. Perlindungan Memori
Apabila mengganti bateri atau kad memori, pastikan prosedur yang
betul diikuti seperti yang diterangkan dalam dokumen yang disertakan
bersama kamera. Salah menggantikan bateri atau kad memori boleh
menyebabkan kerosakan atau kehilangan data dalam memori kamera.
. Denyar dan Fungsi Mengeluarkan Cahaya Lain
Jangan nyalakan denyar atau gunakan fungsi yang mengeluarkan
cahaya ke arah orang dan terlalu dekat dengan muka seseorang.
Perbuatan itu mewujudkan risiko kehilangan penglihatan. Bagi bayi dan
kanak-kanak khususnya, jauhkan sumber cahaya sekurang-kurangnya satu
meter dari mata.
Sila berhati-hati supaya jari, sarung tangan, atau benda lain tidak
tersentuh tingkap denyar semasa menangkap gambar. Tersentuh
tingkap denyar boleh menyebabkan lecur, asap, perubahan warna, atau
masalah lain.
Jangan nyalakan denyar jika tingkap denyar kotor, berhabuk, atau
dikotori bendasing. Berbuat demikian boleh menyebabkan asap keluar
dan warna berubah.
*AWAS
+
+
-
-
-
Page view 204
1 2 ... 200 201 202 203 204 205 206 207 208 209 210 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments