Casio EX-ZR1750 User Manual Page 92

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 91
92
Menggunakan BEST SHOT
. Peringatan BEST SHOT
Imej contoh yang ditunjukkan bagi di skrin pemandangan BEST SHOT tidak
ditangkap dengan kamera ini. Ia diberikan untuk menggambarkan kesan dan merit
setiap pemandangan.
Imej yang ditangkap menggunakan pemandangan BEST SHOT mungkin tidak
memberikan hasil yang dijangka disebabkan oleh keadaan penggambaran dan
faktor lain.
Anda boleh mengubah suai tetapan kamera yang dikonfigurasikan selepas anda
memilih pemandangan BEST SHOT. Namun harap maklum bahawa tetapan BEST
SHOT kembali ke tetapan lalainya apabila anda memilih pemandangan BEST
SHOT lain atau mematikan kamera.
Rakaman syot kilat dinyahdayakan ketika pemandangan BEST SHOT berikut
digunakan.
Prarakam (Filem)
Rakaman filem dinyahdayakan ketika pemandangan BEST SHOT berikut
digunakan.
Mekap BKT, Kanta pembesar, Latar Belakang Kabur, Makro Semua Dalam Fokus,
Antigoncang HS, Syot Lebar, Syot Malam HS, Panorama Slaid, Output TV HDMI
Apabila mod rakaman filem ialah FHD/STD, filem dirakam menggunakan tetapan
bagi pemandangan BEST SHOT yang dipilih. Untuk rakaman filem berkelajuan
tinggi, tetapan pemandangan BEST SHOT diabaikan dan rakaman filem dijalankan
seperti biasa.
Pemandangan BEST SHOT yang menggunakan CS Berkelajuan Tinggi
mengabaikan tetapan “Zum (SR)”.
Dengan pemandangan BEST SHOT di bawah, keadaan rakaman tertentu boleh
menyebabkan kawasan imej menjadi lebih kecil daripada biasa.
Potret Malam HS, Syot Malam HS
Apabila merakam dalam Makro Semua Dalam Fokus, kamera akan memaparkan
mesej “Tidak dapat bergabung. Akan merakam sebagai imej normal.” jika ia
menilai bahawa ia tidak dapat melakukan operasi. Imej yang ditangkap oleh
kamera akan disimpan walaupun tidak boleh digabungkan.
Page view 91
1 2 ... 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments