Casio EX-ZR1750 User Manual Page 137

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 136
137
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
. Mencipta Kolaj Untuk Syot Kilat Sehari (Foto Sorotan)
Anda boleh ubah tetapan kamera untuk memilih sorotan syot
kilat secara automatik dan menjana kolaj daripadanya. Syot
kilat yang dimasukkan dalam Foto Sorotan dipilih secara
automatik berdasarkan skor sorotan dan maklumat keadaan
rakaman yang dirakam bersama dengan syot kilat.
Anda boleh menggunakan fungsi Skor Sorotan (halaman
138) untuk menukar skor sorotan syot kilat.
1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tarikh rakaman syot kilat yang
anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET].
2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih susun atur yang anda mahu dan
kemudian tekan [SET].
Ini mencipta dan menyimpan Foto Sorotan.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Selesai” dan kemudian tekan
[SET].
Sekiranya anda mahu kamera memilih imej yang berbeza secara rawak antara
imej dalam tarikh rakaman yang dipilih, gunakan [8] dan [2] untuk memilih
“Kocok” dan kemudian tekan [SET]. Ini juga akan memadam Foto Sorotan
yang dicipta sebelumnya.
Imej yang skor sorotannya ialah “0” tidak pernah termasuk dalam Foto Sorotan.
Apabila terdapat lebih daripada 9,999 syot kilat yang dirakam pada tarikh yang
sama tersimpan dalam kad memori, Foto Sorotan akan memilih gambar daripada
yang bernombor 1 hingga 9999.
Operasi Foto Sorotan mungkin tidak dapat dijalankan apabila kuasa bateri rendah.
Foto Sorotan secara automatik memilih syot kilat untuk dimasukkan ke dalam Foto
Sorotan. Anda tidak boleh pilih syot kilat untuk digunakan.
Jenis imej di bawah tidak boleh dimasukkan dalam Foto Sorotan.
Imej panorama, Filem
Foto Sorotan mungkin tidak berfungsi jika terdapat syot kilat dalam memori kamera
yang tidak boleh dipaparkan oleh kamera. Dalam kes ini, mesej ralat “Imej yang
ada tidak mencukupi untuk operasi ini.” akan tertera.
Item menu: Fungsi Sorotan * Foto Sorotan
Page view 136
1 2 ... 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments