Casio EX-ZR1750 User Manual Page 202

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 201
202
Lampiran
. Kad Memori
Kad memori adalah kecil dan mempunyai risiko ditelan secara tidak
sengaja oleh bayi dan kanak-kanak. Jauhkan kad memori daripada bayi
dan kanak-kanak. Jika kad memori ditelan secara tidak sengaja,
hubungi doktor dengan segera.
. Peringatan apabila Kamera Dihidupkan
Jangan sentuh kamera untuk jangka masa yang lama ketika ia
dihidupkan. Kamera menjadi hangat apabila dihidupkan, dan sentuhan
jangka panjang mewujudkan risiko melecur suhu rendah.
. Gangguan dengan peranti digital lain
Jika anda dapati bahawa terdapat gangguan radio atau masalah lain pada
peranti lain semasa menggunakan kamera ini, hentikan penggunaan fungsi
wayarles kamera ini atau matikan kamera. Penggunaan fungsi wayarles
menyebabkan risiko gangguan radio dan operasi tidak normal peranti lain.
Apabila berada dalam pesawat atau kemudahan perubatan, patuhi
arahan orang yang bertugas. Gelombang elektromagnet dan isyarat lain
yang dihasilkan oleh fungsi wayarles kamera boleh menyebabkan risiko
kemalangan.
Jangan guna fungsi wayarles kamera apabila berdekatan peranti digital
berkejituan tinggi atau peranti digital yang menggunakan isyarat lemah.
Berbuat demikian boleh mengganggu operasi normal peranti digital dan
menyebabkan risiko kemalangan.
Apabila menggunakan fungsi wayarles kamera, jauhkannya dari
individu yang memakai perentak jantung. Kemagnetan yang terhasil
daripada kamera mungkin menjejaskan perentak jantung dan peranti
perubatan lain. Sekiranya anda perasan sebarang ketaknormalan, serta-merta
jauhkan dari produk dan hubungi doktor.
Dalam kereta api sesak atau sebarang lokasi sesak lain yang
berkemungkinan ada individu yang memakai perentak jantung, hentikan
penggunaan fungsi wayarles kamera ini atau matikan kamera.
Gangguan radio yang terhasil kerana fungsi wayarles kamera mungkin
menjejaskan operasi perentak jantung.
*AMARAN
+
+
-
+
-
+
+
Page view 201
1 2 ... 197 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments