Casio EX-FR100 User Manual Page 88

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 158
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 87
88
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Bahagian ini menerangkan operasi mod wayarles dan item tetapan.
1. Sentuh ikon “ ” (Wayarles).
Ini akan memaparkan skrin mod wayarles.
Menekan butang pengatup akan mengembalikan skrin yang ditayangkan
sebelum skrin mod wayarles.
2. Sentuh “Tetapan wayarles”.
Ini akan memaparkan skrin tetapan wayarles.
3. Sentuh item yang mahu dikonfigurasi.
4. Ubah tetapan item yang dipilih.
Mengubah tetapan kembali ke skrin mod wayarles.
” (Wayarles) * Tetapan wayarles * Hantaran Auto
Semasa “Hidup” dipilih untuk tetapan ini, imej dihantar secara automatik ke telefon
pintar yang dipasangkan. Imej dihantar ke telefon pintar semasa kamera dalam mod
tidur. Jika tiada sambungan wayarles antara kamera dengan telefon pintar, ia akan
dihantar sebaik sahaja sambungan diwujudkan.
Lampu sambungan LAN wayarles akan berkelip atau menyala semasa operasi
penghantaran imej sedang berlangsung. Lampu akan terpadam setelah operasi
penghantaran imej selesai.
Hantaran Auto tidak boleh didayakan melainkan kamera dipasangkan dengan
telefon pintar (halaman 81).
Imej yang dirakam dengan Rakaman Selang Masa tidak boleh dihantar secara
automatik ke telefon pintar menggunakan Hantaran Auto.
Mengkonfigurasikan Tetapan Sambungan Wayarles
Imej yang Ditangkap dengan Kamera Dihantar ke Telefon Pintar
secara Automatik (Hantaran Auto)
Page view 87
1 2 ... 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 ... 157 158

Comments to this Manuals

No comments