Casio EX-ZR1750 User Manual Page 28

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 27
28
Asas Mula Pantas
Walaupun kamera mempunyai memori terbina dalam, kapasitinya kecil. Untuk
merakam imej yang banyak atau filem yang panjang, anda perlu menggunakan kad
memori yang tersedia secara komersial. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej
disimpan dalam memori terbina dalam.
Untuk maklumat mengenai kapasiti kad memori, lihat halaman 234.
Kamera anda menyokong penggunaan jenis kad memori SD
yang berikut.
Kad Memori SD (Sehingga 2 GB)
Kad Memori SDHC (2 GB hingga 32 GB)
Kad Memori SDXC (32 GB hingga 2 TB)
Di atas adalah jenis kad memori yang disokong sehingga bulan Disember 2015.
Nilai di dalam kurungan adalah nilai spesifikasi.
Ambil perhatian bahawa keupayaan untuk menggunakan mana-mana kad tertentu
dengan kamera ini, walaupun ia memenuhi keperluan kapasiti dan jenis di atas,
adalah tidak dijamin.
. Peringatan Pengendalian Kad Memori
Sesetengah jenis kad memori boleh melambatkan kelajuan pemprosesan.
Khususnya, filem berkualiti tinggi mungkin tidak boleh disimpan dengan betul.
Memori kad yang perlahan mungkin mengambil masa yang lama untuk merakam
data dan menyebabkan pecahan pada imej dan/atau audio ketika dimain semula.
Apabila ini berlaku, penunjuk kuning “Y” akan muncul di skrin monitor.
Menyediakan Kad Memori
Kad Memori yang Disokong
Page view 27
1 2 ... 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments