Casio EX-ZR1750 User Manual Page 81

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 241
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 80
81
Merakam Filem
6. Rakam filem dengan cara yang sama seperti anda merakam filem biasa
(halaman 76).
Tekan [0] (Filem) untuk memulakan dan menghentikan rakaman filem.
Semasa rakaman Filem Berkelajuan Tinggi (HS120, HS240, HS480, HS1000),
fokus ditetapkan di posisi semasa rakaman dimulakan. Untuk memfokuskan
imej, tekan separa butang pengatup untuk Fokus Auto atau fokus secara
manual sebelum anda sentuh [0] (Filem) untuk mula merakam.
AF Berterusan boleh digunakan semasa merakam pada 30 fps dengan “HS30-
120” atau “HS30-240”. Namun, fokus menjadi tetap apabila anda bertukar
kepada 120 fps atau 240 fps.
Apabila “HS30-120” atau “HS30-240” dipilih sebagai kadar bingkai, rakaman
sentiasa bermula dengan kadar bingkai 30 fps. Anda boleh menukar kadar
bingkai antara 30 fps dengan 120 fps atau antara 30 fps dengan 240 fps hanya
semasa rakaman berlangsung. Tekan [4], [6] atau [SET] untuk menukar
kelajuan. Audio dirakam hanya semasa merakam pada 30 fps.
Lebih tinggi kadar bingkai (kelajuan), lebih banyak pencahayaan diperlukan
semasa rakaman. Apabila merakam filem berkelajuan tinggi, rakamnya dalam
persekitaran bercahaya terang.
Apabila merakam jenis filem tertentu, imej yang muncul di skrin monitor mungkin
lebih kecil daripada biasa. Apabila merakam filem berkelajuan tinggi, akan muncul
jalur hitam di atas, bawah, kiri dan kanan skrin.
Apabila merakam filem berkelajuan tinggi, kerlipan sumber cahaya boleh
menyebabkan jalur melintang muncul dalam imej. Ini bukan kepincangan kamera.
Pertukaran kandungan skrin monitor dinyahdayakan semasa rakaman filem
berkelajuan tinggi.
Page view 80
1 2 ... 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 ... 240 241

Comments to this Manuals

No comments